asah bakat
BAB 1
"Irah,cepatlah lamanya. Kau buat apatu, sakit kaki aku berdiri lama-lama kat sini. Aku kira sampai tiga kalau kau tak keluar aku pergi dulu tau, jangan nangis pula,"pekik Azhari dari luar.Humairah dengan kelam kabut pun berlari menuju ke luar .dengan tercungap cungap penat Humairah cuba bertenang. "Kau ni lama sangatlah nanti lambat lagi. Kalau lambat aku juga yang kau salahkan. Betul tak!"."sorrylah aku bangun lambat tadi malam tadi aku layan cerita korea dengan sarah sampai pukul 2 pagi". "Habistu Sarah mana taknak saing kita ke?". "Pagi tadi dia kejut aku pastu dia blah . Mungkin dia pergi dengan boyfriend dia kot. Macamlah kau tak kenal dia tu". "Okey,cepat sambung dalam kereta. Dah lambat ni". Azhari dan Humairah terus menuju ke kereta yang berjenama Suzuki Swift milik Azhari .
"Ari,boleh aku tanya sikit ? kau suka perempuan yang macam mana hah?"soal Humairah. Azhari terkejut dengan pertanyaan Humairah itu. Setahunya Humairah bukan lah jenis perempuan yang feminin kerana sikap Humairah yang agak kasar membuatkan hatinya mempunyai 1001 persoalan atas soalan Humairah."apasal kau tanya soalan macam tu kau suka aku ke ?"Azhari bergurau. Sememangnya Azhari memang meminati Humairah sejak zaman persekolahan lagi. Namun Azhari hanya simpan perasaannya kerana dia tidak mahu diejek oleh Humairah yang selalu terlepas cakap."Ish kau ni perasan betul. Sebenarnya, aku suka kau ke kau suka aku hah". Azhari seakan tak percaya apa yang dikatakan oleh Humairah. Mukanya mula memerah kerana malu namun Azhari hanya diam membisu, nganguk tidak geleng pun tidak. "Wei aku tanya kau ni . Jawaplah, diam je . Apasal kau ni", Tegur Humairah apabila melihat kawannya hanya berdiam dari tadi. "Eh kau tanya aku eh . Boleh ulang balik tak?"Azhari cuba menyuruh Humairah mengulang balik soalan yang diacukan tadi walaupun dia sudah tahu soalannya."Eh taklah ,aku kan cakap dengan patung kau ni ".Kereta yang dipandu oleh Azhari tiba tiba berhenti. "Kau cakaplah puas puas dengan patung aku itu. Aku nak keluar, kita dah lambat ni". Humairah pun keluar mengikut Azhari yang jauh berjalan ke depan meninggalkan dia. "Apasal Ari tu, nak kata datang bulan . Takkanlah, dia kan lelaki. Peliklah dia tu.",bisik Humairah sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan